
Anonymous
5 tahun
Ujian kehamilan atau menggunakan hcg?
Saya wanita berumur 24 tahun, seorang suri rumah dan sudah berkahwin.
Saya start period 27/5/2019 dan kitaran haid saya hingga 23/6/2019 tetapi selepas tarikh tu saya tak datang bulan 4 haridan mengalami pms seperti nak datang bulan.
Adakah ianya symptom awal kehamilan? Saya buat ujian kehamilan melalui urine test ianya negative. Ataupun menggunakan hcg untuk cek kehamilan awal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Izinkan saya terangkan bagaimana kehamiln berlaku.
Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama puan datang haid dikira sebagai hari-1.
Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka puan mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari. Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah pada hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama puan datang haid.
Kehamilan terjadi sekiranya puan melakukan hubungan kelamin pada waktu subur puan. Jika tiada pensenyawaan dan tiada implantasi, maka darah dari dinding rahim akan disingkirkan (Haid).
SImptom kehamilan ialah :
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
Dan banyak lagi.
Untuk mengetahui sama ada puan hamil atau tidak, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Puan disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.