
itswhiterose2
5 tahun
Ujian kehamilan lepas period
hi doc. saya dah period. selepas seminggu habis period, boleh ke buat ujian upt ? adakah ujian upt tepat jika dibuat selepas hbis period?
1 lagi soalan. saya pernah menggosok kemaluan saya dgn pasangan 4 bulan yg lepas. tapi penis tak jolok dlm…cuma di permukaan saja…boleh ke buat ujian upt sekarang? dan adakah jwpn upt tepat? saya takut hamil. adakah cara2 utk cek hamil selain buat upt ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya zakar pasangan anda tidak melakukan aktiviti seks yang menjolok ke dalam faraj anda, dan dia tidak memancut dalam, peluang kehamilan anda adalah sangat rendah. Kehamilan ini berlaku apabila sperma lelaki dipancut ke dalam dan menemui telur anda di tiub Falopian.
Sekiranya anda datang period, ia bermaksud anda tidak berhamil. Kehamilan akan berubah tahap hormon anda supaya tidak datang haid. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.