
Sulit
4 tahun
Ujian kehamilan negatif & scan tak nampak
Sy sudah hampir 4 tahun berkahwin dan masih belum punyai ank…haid sy selama ni mmg teratur dan tak pernah lewat lebih dari 4 hari…bulan ni haid sy lewat 2 minggu lebih tp sy cek upt negatif…hasil scan pn tak nampak kantung atau2 ape…sehingga kini sy masih belum dtg haid…dan tanda2 hamil tu ada pd sy…adakah sy hamil?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.