
Sulit
4 tahun
Ujian kehamilan positive tetapi period
saya membuat pregnancy test keluar double line tetapi tidak lama kemudian saya period .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Apabila seorang wanita hamil, antara tanda kehamilan yang menjurus terhadapnya adalah haid lewat. Namun, spotting iaitu cecair coklat atau pendarahan sedikit yang boleh berlaku pada awal kandungan. Kami memerlukan maklumat lanjut bagi mengenal pasti samada anda haid atau spotting.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.