Sulit
6 tahun
Ujian kehamilan selepas haid
saya telah bersetubuh tanpa perlindungan pada 13 hari yang lepas dan 3 hari kemudian saya telah datang haid. Perlu ke saya buat ujian kehamilan untuk pastikan saya hamil atau tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Secara teorinya, apabila anda telah datang haid untuk beberapa hari walaupun anda telah bersetubuh, peluang untuk anda hamil adalah rendah. Namun pendarahan dari rahim juga boleh bermaksud pendarahan implantasi kehamilan dan sekiranya anda berasa ragu-ragu anda boleh menggunakan alatpengesan kehamilan untuk menguji status kehamilan anda.
Sekiranya anda mempunyai salan-soalan privasi mengenai kehamilan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























