
Sulit
4 tahun
Ujian pcr hiv negatif
Hi… Saya pernah melakukan aktiviti berisiko pada bulan 10 tahun lepas… Selepas 3 bulan, hiv rapid test negatif… Selepas itu saya membuat pcr test di klinik kesihatan selepas 6 bulan dari waktu aktiviti berisiko… Doktor cakap tanda2 yg naik disebabkan anxiety sebab dah lepas 6 bulan tapi negatif semua ujian… Tapi ibu jari dan jari telunjuk kuku saya macam melengkung… Adakah itu disebabkan penyakit lain?..

4 tahun
Selamat sejahtera. Saya memahami persoalan yang anda sampaikan. Untuk pengetahuan anda, ujian darah merupakan satu prosedur yang digunakan dalam pelbagai jenis pemeriksaan bergantung kepada indikasi. Jika pemeriksaan darah anda tidak merangkumi HIV maka ia tidak akan dapat untuk menilai status jangkitan.
Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:
- Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
- Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
- Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.
Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Untuk mencegah HIV, praktiskan hubungan seks yang selamat menggunakan kondom dengan betul dan pertimbangkan pengambilan ubat untuk mencegah HIV jika anda menghadapi risiko tinggi.
Persoalan anda tentang ibu jari dan jari telunjuk kuku seperti melengkung memerlukan lebih banyak informasi sebelum apa apa pertimbangan boleh dibuat.
Oleh itu, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.