
Sulit
3 tahun
Ujian pregnancy test
doc. sy ada buat UPT selepas 6hari, dan bacaan negetif, adakah bacaan tersebut salah atau sy perlu ulang kembali UPT? adakah UPT boleh dibuat dalam masa 1minggu selepas ‘bersama’?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kekeliruan anda mengenai keputusan ujian kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, sebaiknya ujian kehamilan dilakukan selepas 2 minggu lewat haid. Berikut pula punca yang menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi kabur atau negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Oleh itu, bagi mendapatkan kepastian dan keputusan yang lebih tepat, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik atau pusat kesihatan berdekatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.