Anonymous
6 tahun
Ujian UPT Negatif walaupun haid terlewat
Sy wanita berusia 28 tahun. Sy ingin bertanya kepada doktor, adakah pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik utk batuk/jangkitan pd pernafasan akan menggangu hormon sy? Sblm ni sy ada mngalami batuk dn selsema yg sgt teruk dan doktor berikan sy antibiotik CURAM dan sy habiskan dos yg diberikan… Haid sy yg terakhir adalah pd 13 jun dan berakhir pd 18 jun… Dan kitaran haid sy Kdg2 28 hari, 27 hari, 26 hri dan plg panjang 34 hari… Tetapi ikot kan pada kebiasaannya, haid akan dtg dalam stiap kitaran 27 hri atau 28 hari… Jadi, sepatutnya pada bulan ni haid sy adalah pd 10/7 jika ikot kitaran 28 hari… Tp sehingga skrg belum ada tanda2 utk dtg haid…jadi doktor, adakah hormon sy terganggu kerana pengambilan ubat-ubatan? Atau sy mungkin mengalami masalah dalaman? Atau, bagaimana utk sy pastikan sekiranya sy benar2 mengandung slain ujian upt di rumah? Kerana ujian upt telah pn di lakukan tpi hasilnya - ve… Terima kasih atas maklum balas dari doktor…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda antibiotik CURAM jarang mempunyai kesan sampingan yang boleh mengganggu hormon. Antara sebab lain yang mengganggu kitaran haid adalah
- variasi kitaran haid normal yang tidak perlu anda risau
- kehamilan
- fibroid dan adenomyosis
- polycystic ovarian syndome PCOS)
Sekiranya UPT anda negatif, anda boleh mengulangnya pada minggu seterusnya. Terdapat juga simptom lain untuk mengetahui anda mengandung. Untuk memastikan anda mengandung, anda boleh menjalani ujian ultrasound di hospital dan klinik yang mempunyai kemudahan itu. Namun, terdapat juga sebab untuk UPT anda negatif antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























