
Sulit
4 tahun
Ujian upt positive tapi beta hcg rendah
Saya wanita berumur 35 thn 2 minggu saya ingat saya period yg lama tak pernah jadi mcm ni tp period kali ni just chocolate spotting lepas tu hari ke 12 yg sy ibgat period tu saya buat test upt and result positive saya terus jumpa dr gynae utk sah kan result dr tu buat scan ultrasound vagina and dia ckp tak nampak kantong. Ujian drb beta hcg rendah… Doc ckp sy miscarriage.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh yang telah mendapat hasil tes UPT yang berbeza dengan beta hCG.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung.
Sebaliknya, untuk mengetahui apakah benar miscarriage berlaku, saya menyarankan anda untuk mendapatkan pendapat dari doktor yang lebih pakar.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon tidak stabil
- Cara penggunaan salah
Haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.