
Sulit
5 tahun
Ujian Upt sekejap positive then negative yg diambil pda waktu yg berbeza sebelum due period
Hi doc, mggu lepas saya ada buat ujian upt 3 kli. Samar2 semuanya. Kelmarin saya check lagi, makin terang double line. Tp harini semalam saya check, nampak x nampak je double line tu. jadi, adakah saya pregnant? Esok due period saya. Possible ke jadi mcm tu sbb waktu yg saya buat berbeza beza?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab ujian UPT kabur antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- Kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih