
aakifmifzal2
5 tahun
Ulcer di kemaluan yang simptomnya sama seperti chancroid
Saya lelaki dalam linkungan 30’an dan menghidapi chancroid. Apakah ubatan serta rawatan yang perlu saya ambil dan bolehkah saya mendapatkan rawatan sakit tuan di hospital kerajaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sifilis
- Chancroid
- Wart
- Lymphogranuloma venereum
- Granuloma inguinale
Pertama sekali, kami perlu mengenalpasti samada ulcer yang anda hadapi adalah chancroid atau disebabkan masalah lain. Hal ini kerana, rawatan adalah bergantung kepada punca masalah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit seperti kemandulan dan sebagainnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.