Sulit
6 tahun
Ulser di bibir kemaluan
Saya berumur 24 tahun.saya mengalami luka seperti ulser di bibir kemaluan…hendak buang air kecil pedih,berjalan pun sukar.Apa penyakit saya doctor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser di kemaluan anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis
- Luka akibat alahan seperti pada kain atau sabun
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus pada kemaluan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































