
Sulit
3 tahun
Ulser Di Kemaluan Tanpa Sex
hi doktor adakah silifus boleh terjadi melalui finger ? ada ulser di kemaluan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda mengenai jangkitan sifilis.
Sebagai maklumat umum, sifilis boleh memulakan jangkitan apabila terdapat penyebaran bakteria yang berlaku sama ada sentuhan secara terus ataupun sentuhan dengan cecair-cecair yang dikeluarkan oleh jangkitan. Sebarang sentuhan yang mengandungi bakteria seperti ciuman, sentuhan mulut, kulit, alat kelamin dan di mana-mana sahaja boleh menyebabkan jangkitan.
Namun, ulser pada kemaluan boleh disebabkan oleh:
- Luka akibat alahan seperti pada kain atau sabun
- Dermatitis
Terdapat gejala yang boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius dan memerlukan susulan daripada doktor seperti:
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus pada kemaluan
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.