
Sulit
5 tahun
Ulser di tonsil sebulan lebih tetapi tidak semakin teruk
Ulser di tonsil saya sudah 31 hari. Saya dah ambil antibiotik tetapi sama sahaja keadaannya.ulser saya ini tidaklah semakin teruk dan tidak pula semakin ok…sama saja keadaannya. Cuma sebelah pagi ke tghri rasa sakit ringan tetapi bermula tghri ke petang, mula rasa perit skit2 dekat kawasan ulser tu. Bila dilihat melalui cermin, saiz ulser saya tidak lah besar dan kawasan tepinya tidaklah merah…cuma nampak lebam2 ringan sahaja. Tetapi tekak akan rasa sengal di sekitar kawasan ulser itu. Dan FYI, ulser saya ini hanya disebelah kanan sahaja…sebelah kiri xde apa2 sakit. Mohon penjelasan dr pihak tuan apa masalah ygvsaya hadapi ini…tq in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.