
Anonymous
6 tahun
Ulser mulut dan tekak
Saya remaja berusia 17tahun. Saya memounyai ulser di sekitar pipi lidah, lelangit dan anak tekak. Semakin hari semakin teruk. Semakin banyak ulser yang tumbuh menyebabkan saya suka untuk bercakap dan makan. Ulser saya kerap berulang dan tumbuh secara banyak dalam satu tempoh. Saya sering berjumpa doktor dan memberitahu ulser saya sudah melebihi sebulan dan semakin merebak. Tetapi hampir semua doktor memberikan jawapan yang sama seperti saya kurang minum air, stress dan kekurangan vitamin, pelbagai ubat dan nasihat telah saya amalkan tetapi hanya sekejap sahaja ia sembuh lalu menjadi semula. Baru-baru ini saya telah pergi ke sebuah klinik swasta dan mengadu mengenai penyakit saya. Lalu beliau memberi suntikan kepada saya dan memberitahu untuk mengambil darah saya. Beliau bertanya mengapa saya lambat datang berjumpa dengan doktor, sedangkan sakit saya semakin teruk. Sedangkan kebanyakkan doktor seperti tidak mengambil serious tentang keaadaan saya. Patutkah saya ke hospital. Dan adakah penyakit ulser yang saya alami ini bahaya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.