
Sulit
4 tahun
Ulser mulut yang sering berlaku
Saya lelaki 20’an, dam selalu mendapat masalah ulser mulut dan boleh dikira 2 bulan sekali mesti ada, kadang kadang ulser siap dua belah adanya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Trauma
Inflammatory bowel disease
Selain mendapatkan rawatan ubat, saya galakkan untuk anda
Minum banyak air putih
Jaga kebersihan mulut
Berkumur dengan air garam
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.