
n.ezzatie110
3 tahun
Ultrasound untuk thyroid
Saya wanita berumur 26 tahun. Tahun lepas saya saya buat pemeriksaan kesihatan dan saya disuspek mempunyai thyroid. Beberapa hari lepas hospital bagi tarikh temujanji untuk ultrasound. Tapi saya mengandung 16 minggu.Saya sudah menghubungi hospital untuk bertanya tentang status itu tetapi telefon tidak berjawab. Patut saya teruskan ke hospital untuk ultrasound atau tangguhkan tarikh. Tarikh ultrasound 1/6/2021. Tarikh temujanji doktor 10/6/2021.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis scan yang boleh dilakukan terhadap ibu mengandung. Salah satunya adalah ultrasound scan di mana prosedur ini boleh dikatakan selamat.
Secara amnya, semua prosedur perubatan mempunyai risiko. Tetapi, tiada bukti menunjukkan bahawa ultrasound scan yang dilakukan akan membahayakan ibu atau anaknya yang belum lahir. Oleh itu, prosedur ini dianggap selamat kerana tidak menggunakan radiasi, berbeza dengan prosedur lain, seperti X-ray yang menggunakan radiasi.
Sebaiknya, puan berbincang dan mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.