
Sulit
5 tahun
Uluh hati sakit asam lambung
Akir" ini saya banyak fikiran takut akan adanya covid19 , saya perna ada riwayat sakit gastrik asam lambung, bagai mana cara perawatan asam lambung, saya jau dari pada hospital tolong bagi tau apa perawatan dalam rumah , seperti apa minum dan cara menjaga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati atau GERD boleh ditangani di rumah dengan langkah-langkah berikut:
- Kurangkan berat badan sekiranya berlebihan
- Berhenti merokok
- Semasa tidur, gunakan lebih bantal supaya kepala lebih tinggi daripada badan
- Jangan baring selepas makan
- Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sehancur yang boleh
- Elakkan makanan berlemak, pedas, alkohol, coklat, mint, bawang putih, bawang merah dan kafein
- Elakkan menggunakan pakaian yang ketat terutamanya di bahagian perut
- Pastikan anda mempunyai ubat-ubatan untuk GERD di rumah yang boleh didapati di farmasi. Contohnya: antacids, proton pump inhibitor dan H2 receptor antagonist
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.