
Sulit
3 tahun
Umur 11 tahun haid lewat adakah normal?
Anak sy berumur 11 tahun…
Bln terakhir datang haid ialah bln Oktober…
Dlm perkiraan haid bln lalu selama 27 hari…kdg² ade juga 33 hari…
Untuk bulan ini haid belum lagi datang dah seminggu…
Adakah itu normal?
Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan