husni-unie
4 tahun
Until mendapatkan anak
Saya wanita yg baru berkahwin awal tahun ini. Saya Dan suami mengaharapkan untuk mendapatkan cahaya Mata. Memandangkan Kami berdua bekerja, Kami agak sibuk. Berapakah kekerapan yg sewajarnya utk Kami berhubungan intim agar potensi untuk Hamil itu tinggi? Saya mempunyai kitaran haid yg regular. Saya juga ada memantau tarikh ovulasi menggunakan apps. Namun, selalunya Kami tidak aktif pada hari² dimana haid akan bermula. Adakah ini salah kerana terlalu bergantung pada apps?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang keraguan yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama puan datang haid dikira sebagai hari-1.
Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka puan mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari. Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah pada hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama puan datang haid.
Kehamilan terjadi sekiranya puan melakukan hubungan kelamin pada waktu subur puan. Ketika ini, telur (ovum) ada dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Waktu ini juga dinding rahim menebal untuk proses implatasi berlaku. Jika tiada pensenyawaan dan tiada implantasi, maka darah dari dinding rahim akan disingkirkan (Haid).
Jika puan masih mempunyai keraguan, puan boleh bercakap dengan pihak kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.