
Anonymous
5 tahun
Untuk meningkatkan kesuburan sperm bagi masalah oligospermia
Saya 29thn wife 26thn…kmi berdua bekerja dan sudah berkahwin hampir 3thun dan masih dikurnikan zuriat
Untk makluman dr kmi telah pergi ke lppkn untk mendptkan rawatan…dan hasil rawatan wife normal tetapi sya mempunyai maslah low sperm count (oligospermia)
Dr di lppkn telah memberi ubat profortil untk saya makan selama 3bulan tetali setelah buat semen anilisis kli ke dua result tetap sama masih oligospermia
Dr suggest untk buat ivf dan sblm melakukan ivf sya perlu membuat frozen sperm…
Soalan saya…
Apekah makanan tambhan dan makanan atau cara yg boleh saya amalkan untk memperbaiki masalah oligispermia saya ini???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat banyak faktor untuk memperbaiki masalah kesuburan. Pasangan suami isteri perlu banyak bersabar dan menjaga aspek emosi, mental dan fizikal masing-masing. Oleh itu, Encik juga perlu bekerjasama dengan pihak doktor untuk meningkatkan tahap kesuburan. Antaranya adalah:
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 minggu sekali.
- Mengamalkan diet yang sihat dengan tidak mengambil mengambil makanan ringan atau makanan luar.
- Tidak mengambil alkohol atau dadah rekreasi
- Cuba belajar menangani stres secara positif dan menjaga emosi
- Menumpukan perhatian kepada rumahtangga
- Mengambil ubat suplemen multivitamin yang dipercayai
- Berhenti merokok kerana bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan kerosakan organ dalam badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.