
Sulit
3 tahun
Untuk rawatan awal takut sakit kencing boleh beri U-Lite
Anak saya suka menahan kencing, air kencing dia sangat kotor, tapi dia belum rasa sakit lagi. boleh kah saya beri dia U-Lite supaya dapat mengelakkan kuman dan batu karang, umur anak saya 14 tahun lelaki

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami di atas talian.
Ubat tersebut (urine alkalinizer) sememangnya merupakan salah satu daripada pilihan rawatan bagi gangguan urologi. Umumnya ubat ini boleh dijadikan alternatif untuk:
- Membantu dalam alkalinisasi kencing di mana ia dapat digunakan pada rawatan jangkitan saluran kencing;
- Ia juga dapat digunakan terhadap gejala “dysuria” – sakit ketika kencing
- Selain itu dapat meningkatkan kadar keberkesanan antibiotik tertentu seperti sesetengah “sulphonamides”, “streptomycin”, “kanamycin”, “gentamicin”;
- Tambahan lagi, digunakan dalam gout terutama apabila dirawat dengan urikosurik dan allopurinol;
- Disamping itu, untuk mencegah penghabluran (“crystallisation”) asid urik dan pembubaran batu asid urik.
- Akhir sekali, untuk rawatan gejala “gastric hyperacidity”.
Justeru ntuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Namun anda juga perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.