
Sulit
4 tahun
Untuk skin yang berminyak, berjerawat dan berparut
Saya wanita dalam 20’an mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat, berparut sometimes mengelupas dan kering, mempunyai liang2 pori yg besar boleh dr suggest kn the Best skincare

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Untuk pengetahuan anda, ubat antibiotik lazimnya memerlukan preskripsi dari doktor, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!