
Sulit
4 tahun
Upk negatif opk positif
Saya berumur 27 thn,19/11 saya period tapi masuk hari kedua period dh xde, semalam 23/11 saya check opk says bab rasa mual, pening dan kram di perut, n opk positif, n saya tnya kwn diaorg ckp better check upt, hari ni saya check upt T line xde, ada yg ckp mybe saya pregnant or threatened miscarriage, boleh jelaskn soal ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, OPK ataupun ovulation predictor kit boleh menjadi positif kerana molekul hormon LH ( leutenizing hormone ) adalah serupa seperti homon hCG ( human chorionic gonadotrophin ). OPK juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menentukan kehamilan tetapi OPK tidak setepat UPT. Oleh itu, walaupun OPK anda positif, berkemungkinan UPT anda negatif. UPT merupakan cara terbaik untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak sebelum berjumpa dengan doktor.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Walaupun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh hamil namun UPT negatif ataupun mempunyai keputusan UPT samar-samar atau negatif:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim): Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti kandungan anggur ataupun dikenali sebagai molar pregnancy
Untuk menjawab persoalan anda, threatened miscarriage hanya boleh didiagnos sekiranya anda mengandung. Tanda-tanda seseorang sedang mengalami threatened miscarriage adalah pendarahan dan kesakitan di bahagian abdomen tetapi kehamilan masih diteruskan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk melihat sama ada anda mengandung ataupun tidak.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk pencerahan yang lebih jelas. Terima kasih.