
Sulit
5 tahun
Upt di rumah clearly doblue line
Hi. Saya baru delay period 10 hri. Harini lepas balik kerja, sy terus buat UPT since ada tanda2 pregnant. Sy buat upt pkul 7.30. Dapat double line yg pekat. Pastu pukul 8.30 sy prgi klinik utk sahkan pregnant. After dri ambik air kencing dekat klinik, kurang dri satu minit, dr panggil masuk. Tapi malangnya dr tu cakap negatif. Saya jadi keliru sekarang dan masih bertanya tanya. adakah sy pregnant atau tidak

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda keputusan upt yang kurang jelas. Penyebab bacaan upt negatif adalah seperti berikut:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang mana merupakan keadaan yang berisiko tinggi dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.