
Sulit
3 tahun
UPT jadi makin samar
Hi doc, sy berumur 29 tahun dan mengalami period yg tak teratur. Sy period pada bulan 11/2021 dan 14/1/2022 baru dtg period lagi tapi cuma 2 hari dan darah pun sikit je keluar. 24hb sy saje2 buat pregnancy test and upt naik double line. Seminggu lepastu (31/1/22) pun naik double line tapi samar. Dan minggu ni (7/2/22) sy buat lagi sekali tapi double line terlalu samar. Adakah sy hamil atau tidak? Atau ade kena mengena dgn period sy tak teratur ke? Sbb sy confuse dgn result upt. Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian kehamilan yang anda lakukan boleh menunjukkan hasil positif atau negatif palsu walaupun ia merupakan alat rujukan untuk mengesan kehamilan sebab UPT akan menunjukkan keputusan positif dengan mengesan hormon hcG/Human chorionic gonadotropin.Sebenarnya terdapat banyak perkara yang menyebabkan keputusan positif dalam UPT selain kehamilan, termasuk molar pregnancy, hamil kembar dan keguguran.
Saya mencadang puan boleh mencuba UPT sekali lagi sebagai perkara pertama dalam waktu pagi hari lain.Sekiranya keputusannya samar lagi,puan boleh mendapat bantuan doktor dengan menjalani ujian hcG dalam kencing dan ultrasound perut untuk mengesahkan status kehamilan puan atau keadaan lain yang mungkin penyebab haid lambat puan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.