Sulit
4 tahun
Upt kelihatan samar selepas hari kedua test
saya ibu kepada dua orang anak kecil. semalam saya ada buat upt tapiw terang nampak satu line maksudnya negatif. hari ni saya terdetik nak check upt yang saya test semalam, alangkah terkejut bila upt semalam terdapat double line tapi satu line lagi tu samar. dan untuk pengetahuan doc dur period saya lagi 5hari. saya saja test upt sebab saya tak sedap badan. adakah saya mengandung?
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang potensi kehamilan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Yang pasti, haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan.
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





























