
luluvanilla90
5 tahun
UPT menunjukkan keputusan negative
Sy wanita berumur 28 tahun. Kitaran haid sy adalah sebulan 2x (berlaku pd awal & hujung bulan). Masalah yg dihadapi sekarang ini adalah lewat seminggu haid. UPT dilakukan menunjukkan negative. Adakah terlalu awal bg sy utk mengenalpasti sama ada sy mengandung atau tidak? Sebelum ni kedatangan haid sy seperti biasa. Tidak pernah lewat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.