
Anonymous
6 tahun
UPT Positif dan kembali negatif
Saya Anna, berumur 29 tahun…Saya telah cek upt di rumah pd 28/6 dan keputusannya adalah positif.Keesokan harinya saya pergi ke klinik untuk membuat pengesahan.Apabila cek upt air kencing di klinik, keputusan upt weakly positif.Doktor scan dan mendapati kandungan saya masih belum nampak.Dalam kiraan mengikut tarikh haid saya iaitu pada 1/4 dan berakhir pd 8/4,kandungan saya berusia 8 minggu.Doktor klinik kemudian merujuk saya ke bahagian kecemasan hospital bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut mengenai kandungan saya.Sebelum ini,pada tahun 2017,saya mengalami kehamilan ektopik.Oleh sebab itu,kedudukan kehamilan saya perlu dipastikan atas sebab takut yang lama akan berulang kembali.Saya disuruh untuk mengambil kembali upt air kencing di hospital,keputusan adalah negatif sebanyak 2 kali.Sebelum itu saya telah disuruh oleh doktor untuk minum banyak air bagi menudahkan proses scan kandungan.Doktor di hospital scan di perut dan pada bahagian vagina,kedudukan kandungan masih belum dapat keputusan.Keesokan harinya,doktor mengarahkan saya untuk cek upt air kencing kembali,di wad bersalin,keputusan ujian weakly positif.Saya juga telah dinasihatkan untuk membuat ujian darah (bhcg),keputusan pertama 335,kedua 341,ketiga 289.Doktor memaklumkan,kemungkinan kandungan saya akan keguguran.Seminggu kemudian,saya telah mengalami pendarahan sedikit dan darah berwarna coklat(8 hari tidak memenuhi tuala wanita) pada tarikh sepatutnya saya datang haid.Saya terus pergi ke hospital bagi mengesahkan pendarahan tersebut.Doktor memaklumkan darah tersebut bukan keguguran.Dan ianya adalah perkara biasa bagi wanita hamil.Pada hari ke 9 selepasa pendarahan berhenti,saya sekali lagi cek upt di rumah dan memdapati keputusan upt adalah Negatif.Saya berasa keliru,adakah saya mengandung atau tidak??Bolehkah upt jadi positif sebelum datang haid?dan kembali menjadi negatif??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.