
Sulit
4 tahun
Upt positif kemudian negatif
Saya seorang wanita berusia 25thun delayed period about 12days. Saya ade check upt selepas 4 hri delayed period. Upt positif. Selepas bberapa hri pads 14/10 ade keluar lendir coklat. Lendiran tersebut keluar semasa sy kencing sahaja. Lendiran tersebut keluar berterusan sampai 2 hri berturut2 sehingga menyebabkan fresh blood keluar memenuhi pantyliner.pada masa yg Sama sy check upt still positif. Saya ade pergi ke A&E obstetrics and gynecology untuk berjumpa doktor. Tapi bila check upt. Upt sy negatif. Nurse cakap sy xpregnant and menyuruh sy untuk pulang monitor sahaja blood yg keluar. Adakah ini darah period? Sy confius. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan informasi yang anda beri mengenai ujian kehamilan anda, kemungkinan apa yang anda alami ini adalah disebabkan oleh keguguran yang berlaku yang ditafsirkan daripada info:
Lendir berwarna coklat dan pendarahan yang berlaku, terutamanya selepas mendapati ujian UPT positif adalah disebabkan oleh keguguran janin yang berlaku beberapa hari selepas persenyawaan berlaku. Ujian UPT ini berfungsi untuk mengetahui kehadiran hormon HCG iaitu sejenis hormon yang dirembeskan khususnya pada waktu kehamilan. Walaupun telah gugur, hormon HCG akan masih terdapat dalam darah dan memberikan keputusan yang positif palsu (False positive).
Oleh itu, kami sarankan anda untuk teruskan memantau darah yang keluar dari rahim seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.