
Sulit
5 tahun
Upt positif sebelum due period kemudian period dan upt jadi negatif
Saya wanita 30an bulan 3 hari tu saya mengalami kehamilan ektopik dan telah buang 1 tiub kanan
Bulan august 2019 beberapa hari sebelum due period saya ada membuat upt test dan hasilnya positif tapi beberapa hari kemudian saya period dan hari yang sama keluar period saya cek upt dan upt jadi 1 line sahaja
Kenapa perkara tersebut berlaku adakah hormkn kesan operation ektopik atau saya gugur dan kandungan tak menjadi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan UPT anda menjadi seperti berikut, antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.