Sulit
6 tahun
Upt positif tapi datang bulan
Hii. Saya sha umur 26tahun. Disini saya nak bertanya, semalam 29/9 saya check upt dan upt positif. Dua kali saya cuba upt, dan dua dua positif. Tapi 30/9 tiba tiba saya period. Apakah upt tu menandakan saya hamil ataupun tak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan pihak kami.
Pertama sekali, sila klik pada link ini (Ujian kehamilan) untuk mengetahui cara penggunaan UPT dengan betul. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pertama sekali anda Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Kami memerlukan maklumat tentang period kerana mungkin period tersebut ialah spotting yang boleh berlaku pada awal kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























