Anonymous
6 tahun
Upt positif tapi datang haid
Saya wanita berumur 25tahun, dah berkahwin hampir 9bulan, bulan Februari 2019 haritu saya ada check upt yang menunjukkan saya positif tapi kabur, pada malam tersebut selepas bersama dengan suami, pada hari keesokkannya saya terus turun darah yg banyak. Pergi hospital kerajaan, mereka kata kemungkinan sudah tiada. Kali ini bulan Mei 2019, saya sudah lewat datang haid 9 hari, bila saya check upt test, ada dua line. Satu line lagi kabur tp semakin pekat. Saya cuba lagi buat test 3kali masih kabur juga line. Apabila sampai hari ke sepuluh saya lewat, pada malam itu suami telah ajak untuk bersama, selepas sahaja bersama, keesokkan hari nya saya terus turun darah macam kebiasaanya datang haid, harini merupakan hari kedua saya mengalami darah yg banyak seperti datang haid. Saya jadi tak faham kenapa selepas bersama saya akan datang haid. Boleh ke doktor jelaskan pada saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































