Anonymous
6 tahun
Upt positif tapi keluar darah haid
selamat petang dr. sya brumur 19 thun dn sdah brkahwin bulan 11 tahun lalu sya tlah disahkn mgndung ttpi selapas seminggu saya keguguran dan skrg sya sdah cek ke hospital upt positif dn mmg dsahkan mgndung lagi untuk kali ke2 … tapi scan belum nampak lagi … bulan 1.6.2019 bru hospital galakkan untuk dtg dan scan lagi … bulan lalu 15.4.2019 adalah haid pertama sya sehingga 21.4.2019 … dan pada bulan mei ini pada 15.5.2019 yg spttnya hari prtama sya haid ada keluar dalam 2 titik darah tetapi berwarna merah jambu … lepas tu besok dua xda darah … dan esok dia lagi ada keluar darah ttpi brwarna coklat dsertakan sedikit darah beku … dan the next day dia pun sma smpailah hari ni yg spttnya period sya pada hari ke5 … tiba2 dtg keluar darah yg sngat bnyak seperti period sehingga belakang sya sakit dan rasa lenguh … sya cuma ingin tau ada kah ini sya betul2 hamil atau hanya disebabkan kekeliruan upt sahaja
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan yang kini ,oleh sebab anda mempunyai sejarah keguguran.Terdapat beberapa punca selain daripada kehamilan yang boleh menjadikan ujian air kencing kehamilan positif iaitu:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.




























