
syazlindarayzam
5 tahun
Upt positif tapi sangat samar
Saya wanita berusia 30,saya sudah berkhawin…sepanjang perkhawinan saya 1 tahun lebih saya tidak pernah hamil,period sy setiap bulan lancar.
Now sy sudah tiga bulan tidak period, last period sy 27/8 sampai sekarang masih tiada.
Saya check upt pada awal pagi sebanyak tiga kali untuk 3 hari…ketiga2nya ada dua line tp samar and salah satu keluar satu garis pink…
Payudara saya sangat sakit seperti membesar dan sensitif pada bulan ini.
Adakah saya hamil doctor…saya masih ragu2 untuk ke klinik.
bulan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Anda disarankan untuk ke klinik bagi mendapatkan pengesahan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.