Sulit
3 tahun
UPT positif tetapi ada lendir coklat
Assalamualaikum/salam sejahtera doc, sy berumur 27 tahun… hari ni 28/1 sepatutnya first day period sy… 26/1 sy telah buat upt , dan naik +ve … 27/1 petang jugak sy buat upt naik 2 line samar2… pagi 28/1 juga result upt sama… tetapi sy ada keluar lendir berwarna coklat seperti nak period… boleh sy tahun kenapa ? Dan adakah betul sy hamil ? Semasa kandungan anak pertama dulu takde keluar lendir coklat, sy jadi risau dan takut… harap doc dapat menjawab persoalan sy… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Normal bagi wanita hamil mengalami pendarahan yang sedikit serta berwarna coklat. namun, jika jumlahnya semakin meningkat dan anda mengalami sakit pinggang, demam, anda disarankan mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.