
azie1193
5 tahun
Upt positive selepas 15 min
Saya berumur 27 tahun. Pernah keguguran kembar 4 bulan lepas ketika kandungan 9 minggu. Period terakhir saya pada 22 jan 2020. Saya syak diri saya hamil apabila saya kerap kembung perut dan muntah. Keyakinan itu semakin kuat apabila saya mengalami light spotting dalam 3-4 hari dalam kuantiti sangat sedikit. Namun, semua upt test saya negative. Tetapi, selepas 15 min, upt saya menjadi positive. 5 upt dicuba pada lain-lain waktu. Simpton hamil semakin jelas tetapi upt (2 line selepas 15 min) semakin pudar dan upt selepas itu terus jadi 1 line. Saya musykil. Saya ada cuba untuk membuat dilution terhadap urine saya. Keputusan 2 line yang terang dan jelas. Saya belum berjumpa doktor kerana kandungan masih terlalu awal iaitu 3 minggu. Apakah yang berlaku terhadap kehamilan saya kali ini? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kepelbagaian hasil UPT tersebut boleh terjadi akibat konsentrasi air kencing yang berubah-ubah ataupun akibat daripada kadar hormon beta hCG yang masih terlalu sedikit. Memandangkan beberapa hasil UPT sudah positif, maka kemungkinan besar anda positif hamil kerana kadar konsentrasi hormon beta hCG akan meningkat selari dengan usia kehamilan. Untuk kepastian, anda boleh berkunjung ke doktor untuk melakukan scan dan melihat hasil kandungan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk itu, sila dapatkan keterangan lanjut dengan merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.