
Sulit
4 tahun
Upt positive tetapi samar dan tak pasti hamil atau tidak
Hai,sy lisa…sy nk brtnya…sy telah mnguji khamilan mnggunakn upt dn didapati double line tetapi line kdua tu samar…byk kali sy try dn dh tggu dlm mse smnggu result tetap sama mcm tu…dlm masa yg sama…sy mengalamu gejala sperti org hamil…sakit pinggang yg kuat,pening kpala,mual,senak perut…buat kerja lbh sikit berasa penat x ckup nafas…adakah saya hamil?sekiranya iya,knapa upt sy msih samar?dn jika sy tidak hamil,kenapa sy mmpunyai simptom² mcmtu ye…mohon pncerahan tuan/puan doktor…trme kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.