
Sulit
3 tahun
Upt postif tapi samar cek lagi pakai upt lain jenama negatif
Saya wanita berumur 29 thn…saya confuse hari pertama saya cek upt positif tapi samar selang 3 hari saya cek lagi positif tapi sama warna pink kalau betul sya pregnant mungkin kehamilan saya dah masuk 6 minggu bila saya test lagi jadi negatif cek guna clearblue pun not pregnant perut saya stiap pagi selalu rasa cram dan saya rasa mual dan sangat malas selalu mengantuk…saya confuse…adakah saya pregnant atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keputusan ujian upt yang anda lakukan tersebut berbeza. Antaranya adalah:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan