
Sulit
4 tahun
Upt samar positif atau negatif
hi doktor saya ingin nak tanya, 2 hari lepas saya terjaga malam, saya terasa senggugut pastu sakit perut, tapi tak period, lepastu ingat nak pergi buang besar,masa buang besar tu sakit dia sama macam tengah datang period,lepastu petang baru saya check upt, pastu saya dibiarkan pastu saya tgk balik, ada samar2, esk pagi saya test lagi, masih samar2 yang tak berapa nampak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda buat masa ini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat terutama kali terakhir anda datang haid dan beberapa lagi maklumat lain.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa ujian UPT boleh menjadi negatif atau samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang lebih tepat, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.