
Sulit
4 tahun
Upt test mengelirukan
Pada 9.4.2021 saya mengalami gejala muntah dipagi hari tetapi muntah yang kosong. Muntah dan rasa macam nak demam kerana rasa tak sedap badan. Kemudian saya makan ubat dan berasa kurang sedikit sakit tetapi muntah berlarutan dalam 1 hari. Pada 12.4.2021 saya membuat ujian upt test pada jam 6.30 petang. Line pertama jelas dan line kedua kabur. Saya berasa was2 dan saya pun cek semula esok pagi untuk mendapatkan air kencing pertama bagi mengetahui hasil upt sebenar dan hasilnya negative pula. Saya cek kembali esok malam pada pukul 8 malam , negative juga. Tapi makin hari perut pun tak selesa, mual dan pening serta letih. Saya berjumpa doktor di klinik swasta dan membuat ujian upt test, hasilnya masih negative. Doktor mengatakan saya terlalu awal buat keputusan untuk cek dan marah, sedangkan saya masih lagi ragu2 sama ada saya mengandung ataupun tidak. Kerana period saya hanya 2 hari shj pada bulan 3 dan bulan 2. Adakah itu normal atau bagaimana?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul, atau merujuk kembali pada doktor pakar yang terkait, atau pada doktor kami mahupun mana-mana doktor di pusat rawatan yang terdekat.
Walau bagaimanapun, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh juga boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi yang berbeza dengan darah haid yang lazimnya di dapati)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.