
nordinisahari
5 tahun
Upt test sebelum haid
Salam sejahtera.
Saya ingin bertanya kpd doctor saya ada buat upt seminggu sebelum missed period kerasa saya berasa sakit di area rahim . Sy melakukan UPT sebelum missed period dan didapati upt sy positif tp line samar2 . Adakah saya berpotensi utk hamil? Sebelum itu saya ada masalah pcos . Boleh ke PCOS menjejaskan bacaan UPT ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat kebarangkalian untuk anda hamil. Namun, anda harus mengulang UPT sekali lg seminggu atau 2 minggu selepas lewat haid. Jika ia masih positif, anda boleh mengunjungi klinik berdekatan untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.