
Sulit
5 tahun
Upt test utk check pregnant atau tidak
Saya ingin bertanya, adakah apabila air kencing dicampurkan dengan air paip yg banyak akan mempengaruhi pembacaan pregnancy test ? Harap dr bagi penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, UPT mengesan human chorionic gonadotrophin (HCG) yang dihasilkan oleh uri di dalam air kencing. Alat tersebut hanya dapat mengesan HCG dalam lingkungan yang tertentu. Sekiranya air kencing dicairkan dengan mencampur air paip, tahap HCG dalam air kencing mungkin terlalu rendah untuk dekesan oleh alat tersebut. Maka ia mempengaruhi bacaan keputusan UPT.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjt, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.