
Sulit
3 tahun
Urat bawah Zakar saya rasa ngilu dan kencing pedih sikit selepas berpuasa dan saya ada mengamalkan minuman jus kesihatan untuk melancarkan darah dan membuang toksin dalam darah
Saya lelaki berumur 37 tahun dan rasa ngilu pada urat bawah zakar saya dan apabila kencing rasa pedih sedikit…Ini berlaku selepas bulan puasa dan saya ada juga mengamalkan minuman jus kesihatan yang diperbuat daripada daun ceri dan bahan² lain…Jus ini adalah tujuan utk melancarkan peredaran darah, membuang toksin dlm badan, membuang gula dalam darah dan juga membuang lemak dalam darah… Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah zakar terasa ngilu/sakit dan kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Gangguan struktur anatomi
- Trauma saluran zakar atau struktur anatomi
- Tanda-tanda penyakit batu karang
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga digalakkan agar berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana suplemen atau makanan tambahan atas tujuan tertentu. Hal ini kerana kondisi kesihatan tubuh badan anda perlu diperiksa secara menyeluruh sebelum sebarang ubat-ubatan dapat diberikan.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pakar perubatan kami sedia membantu.