
Sulit
4 tahun
Urat darah selepas seminggu haid
Saya baru habis period pada 20.10.2019 dan hari ini 23.10.2019 semasa buang air kecil saya dapati ada urat darah berwarna coklat. hanya satu urat sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Haid anda masih belum habis sepenuhnya
- Jangkitan kuman pada air kencing
- Batu karang
- Masalah buah pinggang
Sekiranya anda mempunyai gejala seperti sakit pada bahagian pinggang, demam, muntah, sakit sewaktu membuang air kecil dan kerap ke tandas untuk membuang air kecil, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih