
Sulit
4 tahun
Urat leher sebelah kiri pendek dan keras
Hi doktor, ini berkaitan dengan anak saya umur 5 tahun. Masalah anak saya tangan dan urat leher keras dan x boleh sangat pusing kepala ke kiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi. terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk pihak kami membuat kesimpulan yang tepat.
Akan tetapi, masalah kepala tidak dapat dipusing ini berkemungkinan disebabkan otot di bahagian leher terseliuh atau kekejangan. Sekiranya anda cuba untuk memusingkan kepala anak anda, ianya akan menyebabkan sakit. Masalah kekejangan leher adalah disebabkan pengecutan otot di leher secara tidak sengaja. Maka, otot menjadi kencang, keras, dan sakit. Kekejangan leher mungkin berlaku akibat kecederaan, penggunaan secara berlebihan, postur yang lemah, atau tekanan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, anda boeh menggalakkan andak anda untuk
Melakukan regangan- lakukan regangan yang memanjangkan otot leher lateral anda. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan kekalkan posisi bahu anda dan memiringkan kepala dengan perlahan ke arah bahu sehingga anda merasakan regangan di sisi leher anda. Sekiranya pergerakan tertentu menyebabkan kesakitan, hentikan dan cubalah gerakan yang lain.
Dapatkan urutan- untuk membantu anda berehat, yang dapat menenangkan otot dan meredakan kesakitan dari kekejangan leher anda. Tekanan lembut yang diletakkan pada titik kaku dan sakit di leher anda dapat melepaskan ketegangan dari otot, memberikan kelegaan dan memulihkan pergerakan ke leher anda.
Ambil ubat tahan sakit sekiranta perlu- sebelum menggunakan sebarang ubat, baca label amaran dengan teliti. Sekiranya anak anda sudah mengambil ubat jangka panjang, tanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat lain.
Gunakan terapi sejuk- Isi beg plastik dengan ais dan sedikit air dan bungkus dengan tuala nipis, kemudian tekan ke kawasan yang menyakitkan di leher anda.
Gunakan terapi panas- letakkan pad pemanasan ke bahagian leher yang sakit. Sekiranya anda suka, berdiri di bilik mandi dengan aliran air suam ke kawasan leher yang sakit. Kehangatan dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terkena, mengendurkan otot, dan melegakan kesakitan anda.
ps: Semasa menggunakan ais atau panas, hadkan aplikasi hingga kira-kira 15 minit setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit.Rehatkan otot yang sakit
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.