man.izam71
6 tahun
Urat pada pangkal zakar mengeras
Salam sejahtera. Saya lelaki berumur 48 thn ingin tahu kenapa urat pada pangkal zakar sebelah kiri saya membengkak. Pada mulanya terdapat urat mengeras dan setelah saya urut ianya semangkin membesar dan mengeras serta terasa sakit. Apakah langkah2 yg perlu saya lakukan dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan. Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan tentang masalah zakar anda adalah kurang jelas, terdapat pelbagai perkara yang boleh meyebabkan masalah tersebut, namun maklumat yang lengkap adalah diperlukan. Terdapat kemungkinan anda mengalami kecederaan pada bahagian zakar anda selepas melalukan urutan tersebut. Oleh itu, sila ke klinik dengan segera untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar komplikasi yang tidak diingini boleh dielakkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































