
kerel79smiley
5 tahun
Urat tersimpul pada buah zakar
Saya lelaki dalam 20-an,saya mengalami sakit pada buah zakar sebelah kanan, apakah masalah yg saya alami dan bagaimanakah untuk saya merawat kesakitan tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit testis atau buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Merujuk kepada kes anda, seandainya anda berasa sakit di testis yang tiba-tiba datang, sebaiknya anda segera mengunjungi unit kecemasan hospital atau merujuk doktor kami. Ini kerana dikhuatiri buah zakar sedang terbelit. Andainya sakit sudah lama pula, sebaiknya anda tetap merujuk doktor sebagai langkah berhati hati kerana testis adalah tempat sperma diproduksi dan masalah di daerah ini dapat mempengaruhi kesuburan anda di masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.