Sulit
3 tahun
Urat zakar bawah kepala zakar timbul seakan akan cacing tapi tak bersambung
Apakah cara atasi, sebab urat tu timbul dan mengeras tapi hanya bersambung satu hujung sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hernia
- Varicocele (saluran darah yang kurang kompeten)
- Hydrocele
- Lipoma
- Jangkitan salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Kanser buah pinggang
- Kanser prostat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan cara mengatasi memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan bersama dengan doktor perlu dibuat terlebih dahulu untuk mengetahui puncanya dan rawatannya bergantung kepada diagnosis oleh doktor.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Gangguan aktiviti harian dan seksual
- Sakit ketika membuang air dan ketika aktiviti seksual
- Air kencing bercampur dengan darah
- Sukar dan kerap membuang air kecil
- Demam
- Sakit di bahagian kemaluan dan testis
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.