Sulit
3 tahun
Usia kandungan berbeza dari 1st scan dan 2nd scan
Hi doktor, saya skrg hamil utk kali pertama. Masa saya buat first scan di klinik swasta, usia baby saya 8w2d. Jadi sepatutnya sekarang dah 17weeks. Tapi bila saya scan kali kedua di klinik swasta jugak, mengikut ukuran size baby, kandungan baru 14w3d. Jadi saya perlu ikut keputusan scan yang mana ye doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak cara untuk menghitung usia bayi. erkara ini penting untuk mengetaui tarikh due date anda. Sekiranya terdapat perbezaan antara tarikh melalui kaedah kalender dan imbasan ultrasound melebihi 5 hari, tarikh ultrasound akan dipilih. Namun begitu, untuk masalah anda dia atas, sukar untuk saya membuat kesimplan kerana terdapat banyak maklumat lain yang saya perlukan sebelum membuat kata putus.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.